Monday 13 May 2013

Belia usah terikut langkah pembangkang

Johor Bahru: Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, meminta golongan muda di negeri ini, tidak terbawa-bawa dengan langkah pembangkang cuba mencetuskan emosi dan provokasi sehingga menimbulkan suasana saling membenci antara satu sama lain.

Beliau berkata, pengundi muda perlu berfikir secara rasional dan membuat pertimbangan sewajarnya bagi memastikan keharmonian di negeri ini tidak tergugat.
"Apa yang dibuat pembangkang adalah provokasi sehingga menyentuh emosi dan sentimen ke peringkat membenci antara satu sama lain.

Saya percaya pengundi boleh menilai masa depan kita jika pembangkang memimpin negara kerana sampai hari ini, mereka masih berbalah satu sama lain dalam hal asas” Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor

Fikir baik-baik

"Jadi, orang muda perlu berfikir baik-baik, fikir banyak kali dan tidak mengambil tindakan dipengaruhi emosi kerana lima tahun akan datang adalah penting," katanya selepas mengadakan kempen di Flet Taman Impian Emas, di sini, semalam.

Abdul Ghani yakin rakyat Johor akan terus mempertahankan negeri ini, bukan
saja dalam keadaan harmoni, malah dalam lima tahun ini akan menjadi negeri lebih maju.
Selain itu, beliau percaya pengundi boleh membuat penilaian daripada tindak tanduk pembangkang yang masih berbalah antara satu sama lain dalam perkara asas.

“Saya percaya pengundi boleh menilai masa depan kita jika mereka (pembangkang) memimpin negara kerana sampai hari ini, mereka masih berbalah satu sama lain dalam hal asas dan secara jelas perbezaan ideologi antara mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment